Tuesday, November 17, 2009

..ketika cinta bertasbih..

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta




Monday, November 16, 2009

..setahun sudah berlalu...

salam..arini (16/11/2009) genap setahun tok meninggal dunia..smoga rohnya tenang disana.AL Fatihah..sgt2 merinduimu..

Monday, November 2, 2009

my 1st annivesary (02/11/2008)

bukan ulang tahun kawin..ulang tahun pertama aku keje di MWI..Tq pada smua yg support dr awal hingga berada di kedudukan sekarang.AMIN..

Friday, October 30, 2009

70 Petua Ilmiah Memenangi Hati Wanita

Berikut adalah petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi hati wanita kekasih anda. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian. Tapi ingat, ia khas untuk suami isteri:


1. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

2. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.


3. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

4. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.


5. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

6. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.


7. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

8. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.


9. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau
tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya

10. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

11. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

12. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

13. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

14. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

15. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

16. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

17. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

18. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

19. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.

20. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.

21. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

22. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

23. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu.

24. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

25. Basuhkan kereta yang dipakainya.

26. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.

27. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

28. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.

29. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'

30. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

31. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

32. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

33. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

34. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

35. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

36. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

37. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

38. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

39. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

40. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

41. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit emudiannya.

42. Ambillah gambarya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

43. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

44. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

45. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

46. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

47. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

48. Solat bersama dan berdoa bersama.

49. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

50. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

51. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

52. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon

53. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

54. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

55. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

56. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

57. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

58. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

59. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

60. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

61. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

62. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

63. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

64. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

65. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

66. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

67. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untu membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

68. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

69. Cintailah dia sepenuh hati kerana dialah isteri yg terbaik untuk and dan ibu yg terbaik untuk anak-anak anda

70. Doa dan usaha adalah kunci kepada kerukunan rumah tangga yg bahagia..amalkan bersama2 pasangan ..InsyaALLAH bahagia..

P/S: Jgn malu-malu untuk amalkan! InsyaALLAH akan berkekalan kerukunan rumah tangga..sekurang2nya, kita masih ada usaha dan doa..smoga berjaya!!

Monday, October 26, 2009

...in memory...

..."Putus Sudah Kaseh Sayang"...
(05/10/2007-26/10/2009)
-in memory-


Monday, October 19, 2009

I Mengenal DARA gadis melalui tapak tangannya I


Sebenarnya, melalui tapak tangan kita boleh membuat penelitian berbagai aspek tentang perangai atau sikap seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan. Melalui tapak tangan juga kita boleh merenung masa lampaunya dan apakah yang tersirat dihatinya. Sentuhan ini disebut sentuhan antara hati ke hati. Akan tetapi ilmu meneliti tapak tangan ini tidaklah perlu mempunyai ilmu firasat atau batin. Memadai dengan melihat beberapa perubahan fizikal tapak tangan seseorang itu, sama ada mereka yang kuat bekerja, malas atau bermacam-macam lagi.



  • Justeru itu untuk memastikan seseorang gadis itu masih dara melalui tapak tangannya. Retak pada bahagian kanan dan kiri tapak tangan kanannya menandakan gadis itu sudah tiada dara. Jika gadis itu masih dara, telapak tangannya samada sebelah kiri atau kanan tidak akan retak. Keretakan ini kelihatan jelas dengan urat-urat walaupun tangan gadis itu lembut. Sebalikknya gadis yang masih ada dara akan kelihatan kiri dan kanan telapak tangan kanannya licin dan lembut. Sebaliknya mereka yang tiada dara, jika ditekan pada bahagian kiri dan kanan tapak tangan kanannya, warna pucat akan berlaku dan lekukan akan kelihatan terlalu mudah menolak balik ke asal.

  • Walau bagaimanapun tidak semua gadis akan mempunyai sisi reka bentuk yang dinyatakan sedemikian. Ini selalunya berlaku pada gadis yang berkulit tebal dan agak kasar. Tetapi untuk mempastikan kedudukan sebenar gadis itu antara masih dara atau tidak, anda juga oleh memerhatikan pada bahagian tengah tapak tangan kanannya. Jika terdapat garisan yang terputus pada bahagian tengahnya bermakna gadis telah hilang daranya. Akan tetapi garisan itu tidak putus bermakna gadis itu masih suci.

  • Selain daripada tapak tangan, ibu jari dan jari kelingking juga boleh memberikan petunjuk sama ada gadis itu masih suci atau tidak. Untuk tujuan itu anda banya perlu menyentuh ibu jarinya dan genggam selama satu minit. Jika ibu jarinya panas dan kelihatan merah apabila dilepaskan dari genggaman anda, gadis itu masih dara. Akan tetapi jika jari itu kelihatan kecut dan pucat walaupun panas, gadis itu sudah tiada suci lagi.

  • Untuk melihat jari kelingking pula anda hendaklah memegang jari kelingking gadis itu dengan sedikit kuat selama seminit, kemudian lepaskan. Tanyakan kepadanya bagaimana rasa jari kelingkingnya setelah digenggam dan dilepaskan. Jika gadis itu mengatakan tiada rasa apa-apa, bermakna dia sudah hilang dara. Tetapi jika dia berkata sesuatu yang sebagai contohnya, berdenyut, berdebar jantungnya, tersentuh perasaan pada hatinya atau setidak-tidaknya sedikit sakit yang berdenyut pada jarinya, maka gadis itu suci.

  • Biasanya sentuhan yang saya maksudkan ini hanya boleh dilakukan antara lelaki dan perempuan sahaja. Jika perempuan dengan perempuan melakukannya ia tidak memberi kesan kepada yang melakukannya. Tetapi untuk tujuan meneliti tapak tangan, anda sendiri boleh melakukannya dengan memerhati garis-garis yang ada. Jangan risau jika terdapat garis-garis pecah pada telapak tangan anda jika anda masih dara. Sebenarnya ada kemungkinan oleh kerana anda bekerja agak keras, maka terdapat pada bahagian tapak tangan anda pecah-pecah atau berurat.


P/S: Walau bagaimanapun keperibadian yang mulia dan sentiasa menjaga kesucian diri tidak akan memberi sebarang kesan terhadap diri anda. sekadar info untuk dikongsi bersama..kosmo/metro harini paparkan berita mengenai kes pembuangan bayi yg semakin menjadi..adakah bayi ini hasil dari persetubuhan haram di malam ambang merdeka atau malam menyambut tahun baru??

Sunday, October 18, 2009

Ehh,..dia tu janda ke gadis lagi??

TENTUNYA anda sudah biasa melihat berbagai-bagai jenis dahi. Lantaran itu di sini ingin saya memberitahu kepada anda bahawa di dahi anda terdapat berbagai-bagai tanda tentang diri anda.Pernahkah anda melihat ada dahi seseorang lelaki yang atau perempuan yang kelihatan sedikit lebam? Selalunya tanda-tanda ini terdapat hanya pada mereka yang kuat beramal kepada Tuhan iaitu sembahyang. Sujud yang lama akan membuat dahi mereka kelihatan lebam.

Tidak terkecuali ada juga dahi yang hitam disebabkan kesihatan mereka. Tetapi bentuk hitamnya agak berbeza dengan orang yang kuat beramal ibadah. Begitu juga terdapat tanda-tanda kepada seorang gadis yang masih dara atau tidak. Tanda ini boleh dikenal pasti melalui perbuatan atau melalui pandangan sahaja.

Seorang gadis yang masih dara akan memiliki dahi yang licin. Tetapi mereka yang pernah melakukan persetububan, biasanya mempunyai kedut sejumlah tiga lapis. Dahi mereka berkedut sewaktu berbual. Terdapat juga dahi orang yang berkedut melebihi tiga lapis. Ini dikatakan orang itu sudah berusia. Akan tetapi kedutan anak gadis yang sudah berumur menjangkau 30-an adalah berbeza dengan kedut yang menonjolkan diri mereka yang tiada dara. Kedutan pada dahi yang tiada dara selalunya tidak terlalu ketara seperti kedutan sudah berusia. Kedutan pada mereka yang sudah berusia akan kelihatan kekal walaupun tidak bercakap. Terdapat garis-garis di dahi yang menandakan mereka itu sudah berusia.

Sebaliknya anak gadis yang sudah tiada dara, akan hanya kelihatan kedutan pada dahinya apabila mereka berbual atau sedang ketawa. Anak gadis atau mereka yang telah berusia tidak akan berkedut dahinya seperti yang saya nyatakan jika tidak pernah melakukan sebarang perbuatan yang membolehkan daranya hilang.

Ingin saya maklumkan bahawa dara anda boleh dengan mudah walaupun dengan akibat daripada suka melancap atau memasukkan sesuatu benda yang agak keras dan kesat dan melukakan pada bahagian dara anda.
Sesetengah pendapat, kedutan di dahi boleh dihilangkan dengan memakan berbagai perubatan tradisional atau pun menggunakan rawatan muka untuk menghilangkan kedut di pipi dan di dahi.

Memang perkara ini tidak boleh membentuk wajah anda kelihatan segar dan tidak berkerut dan berkedut. Tetapi kesan kedut akibat hilang dara sukar dihilangkan. Ianya hanya boleh dicegah daripada berlaku dengan menghindari diri daripada perbuatan yang boleh menghilangkan dara anda. Untuk pengetahuan anda, jika anda ingin meneliti akan kedudukan tanda pada dahi seseorang yang telah hilang dara, anda lihatlah mereka yang telah bersuami. Anda akan lihat ada garis-garis timbul dan lekuk di dahi mereka tetapi kedutan itu tidak meninggalkan kesan garis seperti menunjukkan dia sudah berusia.

Jangan khuatir dengan diri anda yang terdapat kedutan pada dahi anda. Jika anda pasti yang anda tidak pernah melakukan hubungan seks atau atau lain-lain perbuatan sumbang yang membolehkan dara anda hilang, anda tidak perlu risau. Sebenarnya terdapat juga tanda kedut di dahi disebabkan anda kerap berfikir yang keterlaluan. Tetapi kedutan ini tidak menunjukkan anda sudah hilang dara. Kedutan ini hanya kelihatan sesekali sahaja dan ianya tiba apabila anda di dalam situasi sedang berfikir yang keterlaluan. Tetapi kedutan ini, tidak menunjukkan anda sudah tiada dara. Kedutan ini hanya kelihatan sesekali sahaja dan ianya tiba apabila anda di dalam situasi sedang berfikir dan sedikit bermasalah.

Saya ingatkan sekali lagi, kedutan yang membonjol sedikit daging pada dahi seseorang gadis itu membuktikan gadis itu sudah tiada dara lagi. Kedutan ini juga tetap ketara dan tidak hilang walaupun anda tidak berbual dan ketawa. Kedutan ini tidak akan meninggalkan sebarang kesan seperti orang yang sudah berusia.

P/S: Awas!! Jangan sampai dahi anda berkedut akibat dari kehilangan dara anda. Pastikan yang anda sentiasa menjaga kehormatan anda. Di zaman yg mencabar ini..mcm2 dugaan dunia yg datang..so,sama2 saling ingat mengingatkan..

Wednesday, October 14, 2009

Super hero bila dah tua

Assalamualaikum..sj post benda ni. ms kecik2 slalu nak jd super hero..maskman, flashman,tomato man,cybercop,spiderman,superman,suria baja hitam..haha.tgok tv je..trus berebur2 nak jd itu ini..kalau sorang dh "chupp" nak jadi flashman kaler merah, so..xleh la jd kaler merah lagi..kena jd flashman kaler lain plak..membesar ng benda2 ni..bila dh besar panjang..nak tergelak bila kenang balik..haha.mc kecik2..siap sapu minyak masak lagi kt badan ng my twin sbb nak jadi malik noor.ms tu baru lepas tgok bina badan..abis minyak masak kat umah.sampai skrg mak aku xtau apa kami buat ng minyak masak dia...haha.sbb tu impian nak beli minyak masak byk2 nti bagi dia,..buat ganti lumur minyak kat badan ms kecik2 dulu..haha..uii mak aku mana pakai minyak 2x, 3x..pakai skali je pastu buang..(ye lakot)..minyak cap buruh.ms tu kira top la..gambar ni aku punya gm forward kan..ntah apa tah motif nye..

..ni spiderman masa umur 67 tahun. dah xlarat dah.la ni dok kat umah jela. org kata dia memang laju. pakai pampers sbb kencing merata2, dia punya power pun dh xkuat. tembak tali pun dekat je..

..Batman & Robin masa umur 72 tahun. ms ni men tolak2 je.xlarat dh nak tolong org.mujur la ada partner..


..Superman masa umur 64 tahun.ms ni dh xleh terbang dah..perut buncit.terbang pun rendah je..perut kena tanah..



P/S: ada apa ng rupa paras kalau hati xelok..cantik, hensem mana pun..tua2 berkedut2 jugak..yg nak tahan lama-hati- kalau hati dr ms muda dh bersih..insyaALLAH smpai ke tua ALLAH pelihara..AMIN..

Tuesday, October 6, 2009

..Doa untuk org bercinta..


YA ALLAH .
Seandainya telah engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami... .agar kemesraan itu
abadi...
Dan YA ALLAH .... ya tuhanku yang maha mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Tetapi YA ALLAH ....
Seandainya telah engkau takdirkan... .dia bukan miliku...
Bawalah ia jauh dari pandanganku... .
Luputkanlah ia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan... .
Serta YA ALLAH . ya tuhanku yang maha mengerti... .
Berikanlah aku kekuatan...
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah..agarku bisa bahagia...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan YA ALLAH . yang tercinta... gantillah yang telah hilang... .
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...
Walaupun tidak sama dengan dirinya YA ALLAH..YA TUHANKU...
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik buat ku... .kerana engkau maha mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
YA ALLAH ....
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh... .
Amin..Ya Rabbal A'lamin.




Sunday, October 4, 2009

Kejadian seram di hospital di utara semenanjung

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU kerap mengalami
kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada
satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka
Perkara ini sangat membingungkan para doktor...

Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut... Apabila tiba hari
Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti
penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit
lelaki muda sedang tidur... Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai
persiapan menghalau makhluk halus.. Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am
sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba...... Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian
masuklah Makcik Bedah.... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya
bertugas setiap hari jumaat.. Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan
terus mencabut.... soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat
menghidupkan.. vacuum cleanernya...

Wednesday, September 30, 2009

Petua Al Quran untuk kesihatan bersama



1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

p/s: Sabda Nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan
InsyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.



Sunday, September 20, 2009

Kepada seluruh Pelayan Lek-Lu


selamat menyambut aidilfitri. Ampun maaf dipinta seandainya terkasar bahasa, tersilap kata. mkan kueh raya banyak2 yek! hati2 di jalan raya..

Friday, September 4, 2009

Iklan Kekosongan Jawatan Guru Sandaran Terlatih Ijazah

Pemohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang BSM/0152/38/Jld 5 yang boleh didapati di Jabatan Pelajaran Negeri dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan serta bahagian pengurusan sumber manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 5, Blok E12, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604, Putrajaya.

Tarikh Tutup: sebelum 11 September 2009

Wednesday, September 2, 2009

Mencari anak yg hilang



Assalamualaikum..lama aku xpost.bz skit. gpun bulan puasa..balik keje,rht2 smbil tgu berbuka..then g teraweh..huhu.teringat zaman blajar dulu.best! xpyh pk apa..xda tggjwb ng keje.tp skarag bila dah keje..byk sgt tggjwb..tp kena trima la.xkan sampai bila2 nak relax.kan? lagi byk tekanan keje, lagi byk pengalaman yg aku dpt..n yg paling terbaru, aku trima complaint dr customer (Japan).dia nak mintak bayaran 5000USD..lebih kurang 1 kontena barang yg cmpany produce.so, kena wat report, analisis,training n byk lagi..maybe aku try delay complaint tu..hehe.sebab aku dah dapat 1 idea cne nak elak..sok da meeting ng board pasal ni..sj aku aturkan untuk gtau n planning benda ni..cuma nak mintak pendapat yg lain2..aku dah kongsi benda ni ng GM petang tadi..n dia pun suh try dulu..hope berjaya la.aminnn..ptg tadi, tgh aku sibuk2 cari report atas meja..aku terpandang surat dari sorang pekerja kat tmpat aku..dia mintak aku tolong approve kan sebab dia amek cuti lama sgt tanpa gtau dia punya leader..1st aku trima surat cuti dia, nak pecah perut tahan gelak.(dalam hati je la).sebab dia punya alasan "mencari anak yang hilang" siap cuti 5 hari lagi..hahaha..tapi pk2 balik kesian plak kat makcik tu.aku ingat makcik ni sj nak cari alasan..pastu siap tunjuk surat laporan polis lagi..kira makcik ni serius la!!! masa dia antar surat kat aku tu, polis dah jumpa anak dia..kena ikat tgn dan kaki then buang dalam ladang kelapa sawit dekat area Sik.motifnya sbb nak curi motosikal yg baru dibeli anaknya (Yamaha 135z).pas diaorag folow anaknya, n tahan di tepi ladang, then pukul n ikat.bayangkan selama 5 ari dia kena ikat tgn dan kaki..hanya minum air lopak je..mujurla time tu musim ujan.so air ujan jela penyambung nyawa anaknya..

Moral of the story : Jgn naik moto sorang2..bahaya terutamanya gol.wanita
: jgn beli moto baru..beli 2nd dahler :)

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan


assalamualaikum wbt..kami warga borak kedai-kopi ingin menucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak.sam2 lah kita menikmati kelebihan di bulan ramadhan ini. posa jgn xposa yer..n satu lagi pengumuman: kedai -kopi ini tetap akan dibuka di bulan puasa 24 jam.



Tuesday, August 18, 2009

Minat dalam bidang PERTAHANAN?

Bantu negara dalam membanteras jenayah.

Syarat-syarat:
1. Warga Malaysia (lelaki dan wanita)
2. Tidak Rabun Warna
3. Kelayakan Minimum SPM
4. Berumur diantara 18-30 tahun

Kelebihan:
1. Kerja di bawah kerajaan
2. Gaji pokok : RM1800
3. Elaun bulanan (Cola) : RM300
4. Elaun penginapan RM300
5. Uniform: RM450
6. Dobi RM200
7. Percuma kursus mempertahankan diri
8. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan dan mengambil ujian khas

Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa kad pengenalan diri serta gambar berukuran passport sebelum 30 Oktober 2009 di Jabatan Pertahanan Awam.

Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri 60 hari dari surat tawaran jawatan.
Jawatan-jawatan yang ditawarkan :
Jawatan:
1. Power Rangers
2. Kamen Riders
3. Ultraman
4. Sailormoon (wanita shj)
5.SURIA PERKASA HITAM (Cawangan Tikam Batu)


Saturday, August 15, 2009

Friday, August 14, 2009

Dapatkan Antivirus H1N1 disini

Assalamualaikum WBT..antivirus ini hanya khas untuk org islam sahaja.amalkan dan InsyaALLAH di berikan kesihatan yang baik.

Amalkan dengan membaca "Doa Nur" yg dikenali sebagai Hirz (Doa Perlindungan) seperti yg diamalkan oleh Fatimah Az-zahra (sa). Doa yg diajarkan oleh Rasulullah kepada puterinya yg tercinta.Khasiat doa ini jika didawamkan , dibaca secara istiqamah akan dapat mempermudahkan datangnya rezeki. selain itu dapat menyembuhkan penyakit demam, dan sgt bagus dibaca disaat-saat musim demam.berikut saya terangkan makna doa ini:

"Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah dan Maha Penyanyang
Sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarha muhammad SAW.
Dengan nama ALLAh Cahaya, dengan nama ALLAH Cahaya dari segala Cahaya, dengan nama ALLAH Cahaya di atas Cahaya, dengan nama ALLAH yang mengatur segala urusan, dengan nama ALLAH yang mrnciptakan Cahaya dari cahaya. segala puji bagi ALLAH yang menciptakan Cahaya dari cahaya, yang menurunkan Cahaya ke bukit dalam kitab yang ditulis, dengan ukuran tertentu, kepada nabi yang terpilih. segala puji bagi ALLAH yang dikenal kebesaranNYA, Yang Mashur KeagunganNYA, Yang Disyukuri dalam suka dan duka. Semoga Allah Menyampaikan Shalawat kepada Junjungan kita Muhammad SAW dan Kleuarganya yang suci"

Dapatkan Doa ini dalam Kitab Mafatihul Jinan, kunci-kunci syurga.
Niat dalam hati agar diberikan kesihatan yang baik serta terhindar dari wabak H1N1 yang sedang melanda kini..

Dipetik dari Kitab Mafatihul Jinan, Kunci-Kunci Syurga


Sunday, July 26, 2009

sambungan kawin kontrak..

tiba2, sorang dari fmly tadik datang kat aku dan memperkenalkan namanya osman.asal sg petani jugak..mcm2 dia tnya aku..nama apa,keja mana,anak keberapa,tinggal kat mana...aku pelik jugak..dia wt xtau jer ng fmly dia.last skali dia tnya,"dah kawin ker?" aku ckp. "blom lagi,tengah mencari" sambil senyum2.trus dia tnya"kalau pakcik nak lamar hasrul boleh x?"xsempat aku jwb apa2...dia tambah lagi, "xpyh kluar 1 sen pun,kenduri ditanggung,belanja ditanggung, asalkan hasrul dpt kawin ng anak pakcik..namanya anisa.umur 19 thn.stdy usm." sambil tgnnya menunnjukkan ke arah sorg budak pompuan..cun gila..aku ckp la,"pakcik ni biaq btol..baru kenai tepi jalan dah trus nak rekemen" dengan muka sedih, dia kata" sebenranya pakcik tgh terdesak untuk cr calon suami untuk anak pakcik..dia mengandung..kandungan disahkan 2 minggu.kena rogol oleh sepupunya sendiri..xpa, pakcik tanggung smuanya asalkan hasrul sudi terima anak pakcik"..pakcik bank in rm15ooo kalau sanggup..dengan aku tengah konfius, sempat lagi otak aku putar," sy boleh nikah tapi dengan syarat, sy akan bercerai dengan dia lepas abis pantang" saja nak tgok reaksi dia..lama gak temenung..last skali dia kata.."xpa la..pakcik tau, hasrul ada maruah jugak..n xkan senang2 dibeli.."aku mintak maaf sebab terlanjur ckp mcm tu..n xtau cne nak settel benda gni..xpenah terjadi dlm idup aku..las skali, dia mintak maaf ng aku dan beralih ke tempat makan dia n fmly dia..aku sempat menjeling kat anak dara dia.....sedih plak..tapi tu la..qada dan qadar kenala trima..yg xbersalah teranaiya..

P/S: mcm2 lumrah idup skrang..yg xbersalah teranaiya..aku doakan pakcik osman berjaya menempuh hidup dengan tenang bersama fmly nya..i plak bkn xnak kawin, tapi blom bersedia..blom sampai seru lagi..baru nak bina kerjaya...nak kawin, suh mak cari !!

Friday, July 24, 2009

kawin kontrak dapat rm 15 ribu

Assalamualaikum..

crita ni jadi pada aku sendiri.kelmarin (23/07/2009-khamis) aku keja.time rehat, malas nak makan kat cafe.asyik makan benda yg sama je ari2..so, kuar la makan kat luar. mulanya ajak Mr cheah skali, tp dia ada meeting kat plant A. aku p la makan sorang2.xjauh dr ofis.50 meter je kedai makan tu.."Jalil Nasi CAmpur" .bleh tahan jugak ramainya..coz waktu tu time rehat (12.15am). aku pun makn le kat situ.lauk ikan temenung masak lemak, ikan kering, kari ikan, sambal belacan n air teh o suam gelas..haha.smua rm 3.5o je. lepas makan , rehat2kan perut sat smbil baca paper kosmo .then ada sebuah keta benti kat kedai tu..bleh tahan la keta tu ..BMW 5 series..fuhh..siap da awek cun lagik..tapi time kuar keta tu, muka pucat gila..maybe dia xsihat kot.pastu, diorag smua port sebelah aku smbil sorang2 g amik makan.ada 4 org.1 laki, 3 pompuan, maybe mak ayah dia kot..sebab dah tua dah(agak2 je)..tiba2....

Monday, July 20, 2009

Adakah keju haram atau meragukan?

assalamualaikum wbt..

kali ni aku nak kongsi pasal keju ..boleh makan ke xboleh.?

Pada awal sejarah penghasilan keju, ia ialah kaedah menggumpal susu yang paling lazim dengan menggunakan enzim,renet yg secara tradisi diperoleh daripada perut anak lembu.memandangkan sumber daripada perut anak lembu tidak dapat menampung pemintaan untuk renet dalam penyediaan keju, maka kekurangan enzim ini telah ditanggani. pengeluar akan mencampurkan ekstrak renet daripada perut anak lembu bersama enzim pepsin yg diambil khususnya daripada perut BABI. enzim2 ini akan menukarkan susu cair kedalam bentuk jisim secara pejal sebagai salah satu proses dalam penghasilan keju.

apa yg menjadikan ianya dipertikaikan dalam islam ialah asal sumber renet yg digunakan. Renet boleh diprolehi daripada sumber binatang, tumbuhan dan mikrob.
  • RENET berasaskan binatang yang diekstrak daripada perut anak lembu. untuk mendapatkan renet, anak lembu itu perlu disembelih. kemudian perutnya dipotong dalam bentuk kepingan seterusnya dikikis lemaknya dan kelembapan disingkirkan. selepas itu, bahan itu dikisar dan dicampurkan kedalam air garam sehingga renin diekstrak.Persoalan di sini ialah "adakah binatang itu disembelih mengikut tuntutan islam"??
  • Renet berasakan sayuran pula adalah enzim yg diperolehi daripada tumbuhan (seperti bromelina daripada nenas, fisin drp buah tin dll)
  • Renet mikrob mengandungi enzim yg sama seperti renet anak lembu tetapi ia mnghasilkan perisa yg agak berlainan..
Daripada ketiga3 renet ini, renet binatang lah yg digunakan secara meluas..

Sepintas lalu mengenai penghasilan keju:
  1. keju bermula dengan susu.untuk menapai susu, sejenis bahan ditambah kepadnya.
  2. kemudian bahan penggumpal (renet) dicampurkan untuk membekukan susu yang akhirnya membentuk dadih.
  3. selanjutnya ia akan dipotong dlm bentuk kepingan kecil dan dimasukkan garam ke dalamnya.
Menurut laporan dari Cheese Market News (Jun 2000), fakta-fakta berikut perlu diambil kira sebelum mengkategorikan ianya halal untuk dimakan atau tidak:
  • Sumber-sumber susu: dariapada binatang seperti lembu,kambing,biri2,unta.
  • enzim: byk digunakan dlm penghasilan keju bkn shj untuk mengentalnya,malah untuk menjadikan matang dan menyedapkan rasanya. renet yg diproleh dari anak lembu yg tidak disembelih mengikut syariaat islam adalah haram
  • Agen pencegah ketulan: kebanyakkan keju parut mengandungi bhn yg mencegahnya daripada berketul
  • Bahan pengawet: smua bahan pengawet perlulah diproleh dr sumber yg halal. baganapun, bhn2 pengawet ini mungkin mengandungi bahan pengemulsi drp sumber binatang. jika sumber binatang yg dugunakan itu tidak diketahui, perkara ini perlu dipandang berat oleh masyarakat islam..
  • bahan perisa
  • pelindung perisa: sesetengah pengeluar keju menggunkan pelindung perisa untuk memelihara rasa keju
Berikut adalah sepucuk surat dari Bhagian Hal Ehwal Islam, JPM yg menyebut fatwa keju:

"Muzakarah telah mengambil keputusan bahawa keju adalah harus (MUBAH) dengan syarat enzimyg digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan atau kulat dan sekiranya daripada binatang, hendaklah binatang yg disembelih mengikut syariat islam"

Persoalannya disini ialah apakah dasar yg digunakan muzakarah untuk mengtakan ianya halal dan apakah pula dasar yg digunakan oleh pihak JAKIM untuk memberikan sijil halal kepada pengeluar?untuk mengeluarkan logo halal, JAKIM perlu terlebih dahulu menguji bahan ramuan untuk mengesahkan ia benar2 halal..

Tinjauan mengenai keju yg tidak menyebut sumber renet yag digunakan :
  • Picon Cheese Spread
  • K.Roger's Cheese Crunch
  • Ritz Cheese Cracker
  • Julie's Cheese Cracker
  • Hwa Tai Cream Cheese Sandwich Biscuits
  • Sikver Bird Mini Round Cracker
  • Jacob's Cheese Crakers
  • Julie's Cheese Sandwich.
Pengguna islam yg gemar memakan keju perlu berhati2 kerana keju dan produk berasaskan keju yg disebutkan mungkin mengandungi bahan yg haram..

label produk2 seumpamanya perlu menyatakan samada keju itu diperbuat drp renet syuran ,mikrob atau binatang.di bawah akta peraturan makanan 1985, smua pengeluar makanan perlu mancatat bahan2 ramuan yg digunakan pada label produk mereka.walaubagaimanapun, pengeluar2 keju dan makanan berkeju sering tidak menyebut sumber renet yg digunakan..

sehubungan dgn itu, umat islam yg ingin memakan keju dinasihatkan membeli drp keju yg dihasilkan oleh ng islam ataupun keju yg menggunakn renet tumbuhan dan mikrob..
...Amin..
P/S: Penulis xmakan keju..makan roti cicah ayaq milo panaih ja..org dulu2 xmkn keju pun boleh hidup.lagipun keju bukan makanan ruji masyarakat Malaysia..so, kita xpyh la dok tiru org puth sarapan roti ng keju..bagi anak2 makan teloq ayam kampung ng madu lebah dah ok dah.badan sihat, minda cergas..