Monday, July 20, 2009

Adakah keju haram atau meragukan?

assalamualaikum wbt..

kali ni aku nak kongsi pasal keju ..boleh makan ke xboleh.?

Pada awal sejarah penghasilan keju, ia ialah kaedah menggumpal susu yang paling lazim dengan menggunakan enzim,renet yg secara tradisi diperoleh daripada perut anak lembu.memandangkan sumber daripada perut anak lembu tidak dapat menampung pemintaan untuk renet dalam penyediaan keju, maka kekurangan enzim ini telah ditanggani. pengeluar akan mencampurkan ekstrak renet daripada perut anak lembu bersama enzim pepsin yg diambil khususnya daripada perut BABI. enzim2 ini akan menukarkan susu cair kedalam bentuk jisim secara pejal sebagai salah satu proses dalam penghasilan keju.

apa yg menjadikan ianya dipertikaikan dalam islam ialah asal sumber renet yg digunakan. Renet boleh diprolehi daripada sumber binatang, tumbuhan dan mikrob.
  • RENET berasaskan binatang yang diekstrak daripada perut anak lembu. untuk mendapatkan renet, anak lembu itu perlu disembelih. kemudian perutnya dipotong dalam bentuk kepingan seterusnya dikikis lemaknya dan kelembapan disingkirkan. selepas itu, bahan itu dikisar dan dicampurkan kedalam air garam sehingga renin diekstrak.Persoalan di sini ialah "adakah binatang itu disembelih mengikut tuntutan islam"??
  • Renet berasakan sayuran pula adalah enzim yg diperolehi daripada tumbuhan (seperti bromelina daripada nenas, fisin drp buah tin dll)
  • Renet mikrob mengandungi enzim yg sama seperti renet anak lembu tetapi ia mnghasilkan perisa yg agak berlainan..
Daripada ketiga3 renet ini, renet binatang lah yg digunakan secara meluas..

Sepintas lalu mengenai penghasilan keju:
  1. keju bermula dengan susu.untuk menapai susu, sejenis bahan ditambah kepadnya.
  2. kemudian bahan penggumpal (renet) dicampurkan untuk membekukan susu yang akhirnya membentuk dadih.
  3. selanjutnya ia akan dipotong dlm bentuk kepingan kecil dan dimasukkan garam ke dalamnya.
Menurut laporan dari Cheese Market News (Jun 2000), fakta-fakta berikut perlu diambil kira sebelum mengkategorikan ianya halal untuk dimakan atau tidak:
  • Sumber-sumber susu: dariapada binatang seperti lembu,kambing,biri2,unta.
  • enzim: byk digunakan dlm penghasilan keju bkn shj untuk mengentalnya,malah untuk menjadikan matang dan menyedapkan rasanya. renet yg diproleh dari anak lembu yg tidak disembelih mengikut syariaat islam adalah haram
  • Agen pencegah ketulan: kebanyakkan keju parut mengandungi bhn yg mencegahnya daripada berketul
  • Bahan pengawet: smua bahan pengawet perlulah diproleh dr sumber yg halal. baganapun, bhn2 pengawet ini mungkin mengandungi bahan pengemulsi drp sumber binatang. jika sumber binatang yg dugunakan itu tidak diketahui, perkara ini perlu dipandang berat oleh masyarakat islam..
  • bahan perisa
  • pelindung perisa: sesetengah pengeluar keju menggunkan pelindung perisa untuk memelihara rasa keju
Berikut adalah sepucuk surat dari Bhagian Hal Ehwal Islam, JPM yg menyebut fatwa keju:

"Muzakarah telah mengambil keputusan bahawa keju adalah harus (MUBAH) dengan syarat enzimyg digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan atau kulat dan sekiranya daripada binatang, hendaklah binatang yg disembelih mengikut syariat islam"

Persoalannya disini ialah apakah dasar yg digunakan muzakarah untuk mengtakan ianya halal dan apakah pula dasar yg digunakan oleh pihak JAKIM untuk memberikan sijil halal kepada pengeluar?untuk mengeluarkan logo halal, JAKIM perlu terlebih dahulu menguji bahan ramuan untuk mengesahkan ia benar2 halal..

Tinjauan mengenai keju yg tidak menyebut sumber renet yag digunakan :
  • Picon Cheese Spread
  • K.Roger's Cheese Crunch
  • Ritz Cheese Cracker
  • Julie's Cheese Cracker
  • Hwa Tai Cream Cheese Sandwich Biscuits
  • Sikver Bird Mini Round Cracker
  • Jacob's Cheese Crakers
  • Julie's Cheese Sandwich.
Pengguna islam yg gemar memakan keju perlu berhati2 kerana keju dan produk berasaskan keju yg disebutkan mungkin mengandungi bahan yg haram..

label produk2 seumpamanya perlu menyatakan samada keju itu diperbuat drp renet syuran ,mikrob atau binatang.di bawah akta peraturan makanan 1985, smua pengeluar makanan perlu mancatat bahan2 ramuan yg digunakan pada label produk mereka.walaubagaimanapun, pengeluar2 keju dan makanan berkeju sering tidak menyebut sumber renet yg digunakan..

sehubungan dgn itu, umat islam yg ingin memakan keju dinasihatkan membeli drp keju yg dihasilkan oleh ng islam ataupun keju yg menggunakn renet tumbuhan dan mikrob..
...Amin..
P/S: Penulis xmakan keju..makan roti cicah ayaq milo panaih ja..org dulu2 xmkn keju pun boleh hidup.lagipun keju bukan makanan ruji masyarakat Malaysia..so, kita xpyh la dok tiru org puth sarapan roti ng keju..bagi anak2 makan teloq ayam kampung ng madu lebah dah ok dah.badan sihat, minda cergas..