Saturday, July 11, 2009

MSG=Ajinomoto??

Assalamualaikum WBT..

Pada 10 Januari 2001, umat islam di jakarta indonesia dikejutkan dengan berita mengenai penghasilan serbuk perisa ajinomoto daripada enzim berasakan sumber babi (patutla sedap!!) berita ini telah mencetuskan rusuhan dan membawqa kepada penutupan kilang ajinomoto dan penahanan 3 org eksekutifnya. bahan yang menjadi konroversi ialah penggunaan Bactosoytone, sejenis zat makanan bagi pembiakan bakteria untuk dijadikan ibu dalam proses penapaian. ianya terhasil pabila protein kacang soya dipecahkan dengan menggunakan enzim yang diekstrak dari pankreas babi. so, penggunaan Bactosoytone didalam penghasilan MSG adalah haram kerana ianya dihasilkan melalui sumber yang haram. dalam sepcuk surat bertarikh 21 mac 2001, Ajinomoto Malaysia menafikan yang ia menggunakan Bactosoytone tetapi sebaliknya menggunakan protein sayuran yang dihidrolis (pati sayuran) di dalam produk keluarannya.

Apakah MSG
adalah sebatian kristal berwarna putih yg secara tradisinya diperoleh daripada rumpai laut. berabad-abad lamanya suri rumah di jepun telah menggunakan dalam masakan mereka. MSG tidak menambahkan sebarang perisa kepada makanan tetapi ianya mengubah rasa makanan tersebut.

Bagaimana MSG dihasilkan
PAda hari ini, MSG yang dihasilkan untuk tujuan perdangan tidak lagi menggunakan rumpai laut. sebaliknya menggunakan kanji sebagai bahan asas melalui proses penapaian yang canggih.contohnya kanji ubi kayu.

Kesan-Kesan MSG terhadap kesihatan
Serbuk putih yang bernama MSG ini merupakan garam natrium bagi asid glutamik dan ia mengandungi asid L-Glutamik dan D-Glutamik. ia dihasilkan melalui proses penapaian yg menggunakan bahan kimia untuk membebaskan asid glutamik daripada protein.asid glutamik yang terdapat dalam tubuh manusia secara semulajadinya adalah untuk mengawal metabolisme badan.
MSG meninbulkan pelbagai gejala kesihatan seperti "Chinese Restaurant Syndrome" dimana mangsanya berasa kebas dan mengalami dengupan jantung yng sgt kencang.itulah sebabnya ianya tidak disarankan kepada kanak-kanak.pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) telah memberi amaran bahwa pengambilan MSG boleh merosakkan kesihatan otak bayi.

Tinjauan mengenai MSG..
Dipasaran malaysia ,terdapat beberapa jenama MSG:
-Ajinomoto
-Aji no takara
-Ve-sen
-Vedan

selain itu, terdapat MSG yg tidak dilabel dan dijual di pasar raya dengan harga yang lebih murah dan menurut penjual, MSG yg tidak dilabel adalah lebih laris dikalangan peniaga restoran dan penjaja. Kebanyakan MSG yang tiada label datangnya daripada Thailand.

Nama lain bagi MSG
-Protein dihidrolisis
-Sodium Caseinate atau calsium caseinate
-Pati Ragi
-Protein bertekstur
-Asid Glutamik.

P/s: Bolehkah kita memastikan Bactosoytone tidak digunakan dalam penghasilan MSG? untuk mengelakkan kekeliruan daripada termakan/terguna produk diatas, maka kita perlulah mengelak daripada membeli.perlu rujuk label/ramuan yang tercatat dibelakang produk sebelum beli.adalah lebih baik menggunakan perisa asli/perisa tempatan yang dilabel halal dan diyakini..dari asas makanan yang halal lah yang akan menterjemahkan hati/otak/minda yang sihat/suci/betenaga untuk kehidupan di dunia dan akhirat..amin..