Sunday, November 14, 2010

::mengenal lelaki dari sudut keserasian::

::Bismillahhirrahmanirrahim
Segala puji bagi ALLAH SWT tuhan pencipta alam beserta junjungan mulia Nabi Muhammad SAW bersama2 keluarga dan sahabat baginda

Post kali ni berketan cara utk kenal lelaki melalui kaedah ejaan nama menurut huruf2 arab/jawi. Benda ni sekadar panduan ja,,hat jadi la ni, akan terjadi ,,,smuanya dah ditentukanNYA,,apa yg penting utk kita skrg ni, pakat2 kita mohon hat terbaek utk hidup kita pada masa la dan masa2 akan dtg,,sesungguhnya DIA maha mengetahui arah tuju hidup kita selepas ini,,jom kita try:

Sekiranya anda sudah atau mahu berumahtangga, dan ingin mengetahui sama ada anda serasi atau tidak, dan boleh bermuafakat atau tidak dengan suami anda, bolehlah anda mencuba cara ini:

Huruf Dan Bilangan Tiap-Tiap Satu Huruf

Zai
7
Wau
6
Ho'
5
Dal
4
Jim
3
Ba
2
Alif
1
Nun
50
Mim
40
Lam
30
Kaf
20
Ya
10
Tho
9
Ha
8
Syin
300
Ra
200
Qaf
100
Sod
90
Fa
80
Ain
70
Sin
60
Ghain
1000
Zho
900
Dhod
800
Zal
700
Kho
600
Sa
500
Ta
400

Huruf-huruf Melayu ditukarkan dengan huruf Arab

Jika Nga digantikan dengan Nun, dan jika Ga digantikan dengan Qaf, dan jika Cha digantikan dengan Syin, dan jika Nya digantikan dengan Ya, dan jika Hamzah digantikan dengan Alif. Adapun Haji dan Tengku tiada dikira jumlah nama. Dan jika bagi seseorang ada dua nama maka yang dipakai adalah nama yang termasyhur sahaja.

Eja nama anda dan namanya dalam huruf Jawi (Huruf Alif yang kedua tidak dikira). Hitung nama anda mengikut hitungan Abjad, kemudian hitung nama lelaki itu dengan kaedah yang serupa. Jumlahkan keduanya. Kemudian tambah 7. Sesudah itu tolak sembilan hinggalah bakinya menjadi 9 atau kurang.

Kemudian rujuk kepada jadual di bawah ini:

(atau kaedah mudah gunakan mesin kira-kira: Campur jumlah kedua-dua nama dan di tambah 7. Kemudian jumlah itu dibahagi dengan 9. Setelah dapat angka dalam perpuluhan itu (cth. 5.354) , maka ambil 0.354 didarab dengan 9. Hasilnya sila rujuk jadual dibawah)...selamat mencuba.

Bakinya Interpretasinya

1 Tidak baik, dipandang rendah
2 Baik
3 Mulanya rendah, akhirnya buruk. Setelah sempit, senang
4 Baik lagi kuat
5 Rumah kemakmuran, telaga di bawah gunung
6 Mula baik, akhir dukacita
7 Rumah bahagia, hamparan terbentang, sekaya-kayanya
8 Rumah terbalik
9 Berpindah, berbantah, berpecah.

* Jika anda tersilap mengeja nama dalam huruf jawi Arab maka jawapannya juga tidak tepat.

P/S: selamat mencuba