Tuesday, November 30, 2010

:: Mengenal lelaki dari hari kelahirannya ::

Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi ALLAH SWT berserta junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan keluarga bersama2 sahabat2 baginda

Org melayu ni byk petua sebenarnya,,hat kali ni pasal lelaki dan hari depa lahir@beqanak..tak tau la betoi ka dak,tapi boleh la tgok kot2 ada yg kena sipi2..jadikan apa yg kita tau arini sebagai panduan nak cri kebahgiaan,,INSYAALLAH,

Ahad
  • Baik budi dan pemurah, sudi memberi bila diminta oleh sanak saudara. Tidak ego dalam pergaulan, gemarkan kebersihan dan pandai berbicara, tetapi ada kecenderungan untuk bersikap memeritah kedua orang tuanya.

Isnin
  • Agak pendiam, tapi hatinya ikhlas. Cepat pemanas, suka kepada pekerjaan atau perjalanan kebenaran, tetapi apa yang dimilikinya tidak bertahan lama.

Selasa
  • Mungkin dibenci orang kerana buruk perbuatannya. Jika mempunyai kawan, hanyalah sebentar sahaja. Hatinya tidak tetap.

Rabu
  • Jika masa baik, dia boleh menjadi amat baik, begitu pula sebaliknya. Rezekinya tidak kurang. Agak pendiam tetapi apabila berbicara akan diketahul bahawa dia adalah seorang yang boleh mesra dengan orang lain.

Khamis
  • Sesiapa yang mengahwininya biasanya lebih dahulu mati. Ramai tidak selesa dan takut apabila dia berbicara, dia sering panas hati. Walaupun begitu, secara asasnya dia baik budi dan boleh dipujuk dengan rayuan yang halus.

Jumaat
  • Ramai yang suka padanya. Dia mudah memberi apa yang ada padanya apabila diminta. Mungkin dia mudah menjadi sengsara, tetapi dia mudah mencari pengetahuan dan kepandaian. Boleh rukun damai bersama orang lain.

Sabtu
  • Sering dibenci oleh orang lain kerana tidak senang bila bersamanya dan merasa takut. Walaupun begitu dia rajin bekerja, pandai mencari rezki, cepat pekerjaannya dan ringan tanganya.

,