Friday, October 30, 2009

70 Petua Ilmiah Memenangi Hati Wanita

Berikut adalah petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi hati wanita kekasih anda. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian. Tapi ingat, ia khas untuk suami isteri:


1. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

2. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.


3. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

4. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.


5. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

6. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.


7. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

8. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.


9. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau
tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya

10. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

11. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

12. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

13. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

14. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

15. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

16. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

17. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

18. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

19. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.

20. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.

21. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

22. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

23. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu.

24. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

25. Basuhkan kereta yang dipakainya.

26. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.

27. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

28. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.

29. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'

30. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

31. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

32. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

33. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

34. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

35. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

36. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

37. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

38. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

39. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

40. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

41. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit emudiannya.

42. Ambillah gambarya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

43. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

44. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

45. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

46. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

47. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

48. Solat bersama dan berdoa bersama.

49. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

50. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

51. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

52. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon

53. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

54. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

55. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

56. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

57. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

58. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

59. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

60. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

61. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

62. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

63. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

64. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

65. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

66. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

67. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untu membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

68. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

69. Cintailah dia sepenuh hati kerana dialah isteri yg terbaik untuk and dan ibu yg terbaik untuk anak-anak anda

70. Doa dan usaha adalah kunci kepada kerukunan rumah tangga yg bahagia..amalkan bersama2 pasangan ..InsyaALLAH bahagia..

P/S: Jgn malu-malu untuk amalkan! InsyaALLAH akan berkekalan kerukunan rumah tangga..sekurang2nya, kita masih ada usaha dan doa..smoga berjaya!!

Monday, October 26, 2009

...in memory...

..."Putus Sudah Kaseh Sayang"...
(05/10/2007-26/10/2009)
-in memory-


Monday, October 19, 2009

I Mengenal DARA gadis melalui tapak tangannya I


Sebenarnya, melalui tapak tangan kita boleh membuat penelitian berbagai aspek tentang perangai atau sikap seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan. Melalui tapak tangan juga kita boleh merenung masa lampaunya dan apakah yang tersirat dihatinya. Sentuhan ini disebut sentuhan antara hati ke hati. Akan tetapi ilmu meneliti tapak tangan ini tidaklah perlu mempunyai ilmu firasat atau batin. Memadai dengan melihat beberapa perubahan fizikal tapak tangan seseorang itu, sama ada mereka yang kuat bekerja, malas atau bermacam-macam lagi.



  • Justeru itu untuk memastikan seseorang gadis itu masih dara melalui tapak tangannya. Retak pada bahagian kanan dan kiri tapak tangan kanannya menandakan gadis itu sudah tiada dara. Jika gadis itu masih dara, telapak tangannya samada sebelah kiri atau kanan tidak akan retak. Keretakan ini kelihatan jelas dengan urat-urat walaupun tangan gadis itu lembut. Sebalikknya gadis yang masih ada dara akan kelihatan kiri dan kanan telapak tangan kanannya licin dan lembut. Sebaliknya mereka yang tiada dara, jika ditekan pada bahagian kiri dan kanan tapak tangan kanannya, warna pucat akan berlaku dan lekukan akan kelihatan terlalu mudah menolak balik ke asal.

  • Walau bagaimanapun tidak semua gadis akan mempunyai sisi reka bentuk yang dinyatakan sedemikian. Ini selalunya berlaku pada gadis yang berkulit tebal dan agak kasar. Tetapi untuk mempastikan kedudukan sebenar gadis itu antara masih dara atau tidak, anda juga oleh memerhatikan pada bahagian tengah tapak tangan kanannya. Jika terdapat garisan yang terputus pada bahagian tengahnya bermakna gadis telah hilang daranya. Akan tetapi garisan itu tidak putus bermakna gadis itu masih suci.

  • Selain daripada tapak tangan, ibu jari dan jari kelingking juga boleh memberikan petunjuk sama ada gadis itu masih suci atau tidak. Untuk tujuan itu anda banya perlu menyentuh ibu jarinya dan genggam selama satu minit. Jika ibu jarinya panas dan kelihatan merah apabila dilepaskan dari genggaman anda, gadis itu masih dara. Akan tetapi jika jari itu kelihatan kecut dan pucat walaupun panas, gadis itu sudah tiada suci lagi.

  • Untuk melihat jari kelingking pula anda hendaklah memegang jari kelingking gadis itu dengan sedikit kuat selama seminit, kemudian lepaskan. Tanyakan kepadanya bagaimana rasa jari kelingkingnya setelah digenggam dan dilepaskan. Jika gadis itu mengatakan tiada rasa apa-apa, bermakna dia sudah hilang dara. Tetapi jika dia berkata sesuatu yang sebagai contohnya, berdenyut, berdebar jantungnya, tersentuh perasaan pada hatinya atau setidak-tidaknya sedikit sakit yang berdenyut pada jarinya, maka gadis itu suci.

  • Biasanya sentuhan yang saya maksudkan ini hanya boleh dilakukan antara lelaki dan perempuan sahaja. Jika perempuan dengan perempuan melakukannya ia tidak memberi kesan kepada yang melakukannya. Tetapi untuk tujuan meneliti tapak tangan, anda sendiri boleh melakukannya dengan memerhati garis-garis yang ada. Jangan risau jika terdapat garis-garis pecah pada telapak tangan anda jika anda masih dara. Sebenarnya ada kemungkinan oleh kerana anda bekerja agak keras, maka terdapat pada bahagian tapak tangan anda pecah-pecah atau berurat.


P/S: Walau bagaimanapun keperibadian yang mulia dan sentiasa menjaga kesucian diri tidak akan memberi sebarang kesan terhadap diri anda. sekadar info untuk dikongsi bersama..kosmo/metro harini paparkan berita mengenai kes pembuangan bayi yg semakin menjadi..adakah bayi ini hasil dari persetubuhan haram di malam ambang merdeka atau malam menyambut tahun baru??

Sunday, October 18, 2009

Ehh,..dia tu janda ke gadis lagi??

TENTUNYA anda sudah biasa melihat berbagai-bagai jenis dahi. Lantaran itu di sini ingin saya memberitahu kepada anda bahawa di dahi anda terdapat berbagai-bagai tanda tentang diri anda.Pernahkah anda melihat ada dahi seseorang lelaki yang atau perempuan yang kelihatan sedikit lebam? Selalunya tanda-tanda ini terdapat hanya pada mereka yang kuat beramal kepada Tuhan iaitu sembahyang. Sujud yang lama akan membuat dahi mereka kelihatan lebam.

Tidak terkecuali ada juga dahi yang hitam disebabkan kesihatan mereka. Tetapi bentuk hitamnya agak berbeza dengan orang yang kuat beramal ibadah. Begitu juga terdapat tanda-tanda kepada seorang gadis yang masih dara atau tidak. Tanda ini boleh dikenal pasti melalui perbuatan atau melalui pandangan sahaja.

Seorang gadis yang masih dara akan memiliki dahi yang licin. Tetapi mereka yang pernah melakukan persetububan, biasanya mempunyai kedut sejumlah tiga lapis. Dahi mereka berkedut sewaktu berbual. Terdapat juga dahi orang yang berkedut melebihi tiga lapis. Ini dikatakan orang itu sudah berusia. Akan tetapi kedutan anak gadis yang sudah berumur menjangkau 30-an adalah berbeza dengan kedut yang menonjolkan diri mereka yang tiada dara. Kedutan pada dahi yang tiada dara selalunya tidak terlalu ketara seperti kedutan sudah berusia. Kedutan pada mereka yang sudah berusia akan kelihatan kekal walaupun tidak bercakap. Terdapat garis-garis di dahi yang menandakan mereka itu sudah berusia.

Sebaliknya anak gadis yang sudah tiada dara, akan hanya kelihatan kedutan pada dahinya apabila mereka berbual atau sedang ketawa. Anak gadis atau mereka yang telah berusia tidak akan berkedut dahinya seperti yang saya nyatakan jika tidak pernah melakukan sebarang perbuatan yang membolehkan daranya hilang.

Ingin saya maklumkan bahawa dara anda boleh dengan mudah walaupun dengan akibat daripada suka melancap atau memasukkan sesuatu benda yang agak keras dan kesat dan melukakan pada bahagian dara anda.
Sesetengah pendapat, kedutan di dahi boleh dihilangkan dengan memakan berbagai perubatan tradisional atau pun menggunakan rawatan muka untuk menghilangkan kedut di pipi dan di dahi.

Memang perkara ini tidak boleh membentuk wajah anda kelihatan segar dan tidak berkerut dan berkedut. Tetapi kesan kedut akibat hilang dara sukar dihilangkan. Ianya hanya boleh dicegah daripada berlaku dengan menghindari diri daripada perbuatan yang boleh menghilangkan dara anda. Untuk pengetahuan anda, jika anda ingin meneliti akan kedudukan tanda pada dahi seseorang yang telah hilang dara, anda lihatlah mereka yang telah bersuami. Anda akan lihat ada garis-garis timbul dan lekuk di dahi mereka tetapi kedutan itu tidak meninggalkan kesan garis seperti menunjukkan dia sudah berusia.

Jangan khuatir dengan diri anda yang terdapat kedutan pada dahi anda. Jika anda pasti yang anda tidak pernah melakukan hubungan seks atau atau lain-lain perbuatan sumbang yang membolehkan dara anda hilang, anda tidak perlu risau. Sebenarnya terdapat juga tanda kedut di dahi disebabkan anda kerap berfikir yang keterlaluan. Tetapi kedutan ini tidak menunjukkan anda sudah hilang dara. Kedutan ini hanya kelihatan sesekali sahaja dan ianya tiba apabila anda di dalam situasi sedang berfikir yang keterlaluan. Tetapi kedutan ini, tidak menunjukkan anda sudah tiada dara. Kedutan ini hanya kelihatan sesekali sahaja dan ianya tiba apabila anda di dalam situasi sedang berfikir dan sedikit bermasalah.

Saya ingatkan sekali lagi, kedutan yang membonjol sedikit daging pada dahi seseorang gadis itu membuktikan gadis itu sudah tiada dara lagi. Kedutan ini juga tetap ketara dan tidak hilang walaupun anda tidak berbual dan ketawa. Kedutan ini tidak akan meninggalkan sebarang kesan seperti orang yang sudah berusia.

P/S: Awas!! Jangan sampai dahi anda berkedut akibat dari kehilangan dara anda. Pastikan yang anda sentiasa menjaga kehormatan anda. Di zaman yg mencabar ini..mcm2 dugaan dunia yg datang..so,sama2 saling ingat mengingatkan..

Wednesday, October 14, 2009

Super hero bila dah tua

Assalamualaikum..sj post benda ni. ms kecik2 slalu nak jd super hero..maskman, flashman,tomato man,cybercop,spiderman,superman,suria baja hitam..haha.tgok tv je..trus berebur2 nak jd itu ini..kalau sorang dh "chupp" nak jadi flashman kaler merah, so..xleh la jd kaler merah lagi..kena jd flashman kaler lain plak..membesar ng benda2 ni..bila dh besar panjang..nak tergelak bila kenang balik..haha.mc kecik2..siap sapu minyak masak lagi kt badan ng my twin sbb nak jadi malik noor.ms tu baru lepas tgok bina badan..abis minyak masak kat umah.sampai skrg mak aku xtau apa kami buat ng minyak masak dia...haha.sbb tu impian nak beli minyak masak byk2 nti bagi dia,..buat ganti lumur minyak kat badan ms kecik2 dulu..haha..uii mak aku mana pakai minyak 2x, 3x..pakai skali je pastu buang..(ye lakot)..minyak cap buruh.ms tu kira top la..gambar ni aku punya gm forward kan..ntah apa tah motif nye..

..ni spiderman masa umur 67 tahun. dah xlarat dah.la ni dok kat umah jela. org kata dia memang laju. pakai pampers sbb kencing merata2, dia punya power pun dh xkuat. tembak tali pun dekat je..

..Batman & Robin masa umur 72 tahun. ms ni men tolak2 je.xlarat dh nak tolong org.mujur la ada partner..


..Superman masa umur 64 tahun.ms ni dh xleh terbang dah..perut buncit.terbang pun rendah je..perut kena tanah..



P/S: ada apa ng rupa paras kalau hati xelok..cantik, hensem mana pun..tua2 berkedut2 jugak..yg nak tahan lama-hati- kalau hati dr ms muda dh bersih..insyaALLAH smpai ke tua ALLAH pelihara..AMIN..

Tuesday, October 6, 2009

..Doa untuk org bercinta..


YA ALLAH .
Seandainya telah engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami... .agar kemesraan itu
abadi...
Dan YA ALLAH .... ya tuhanku yang maha mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Tetapi YA ALLAH ....
Seandainya telah engkau takdirkan... .dia bukan miliku...
Bawalah ia jauh dari pandanganku... .
Luputkanlah ia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan... .
Serta YA ALLAH . ya tuhanku yang maha mengerti... .
Berikanlah aku kekuatan...
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah..agarku bisa bahagia...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan YA ALLAH . yang tercinta... gantillah yang telah hilang... .
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...
Walaupun tidak sama dengan dirinya YA ALLAH..YA TUHANKU...
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik buat ku... .kerana engkau maha mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
YA ALLAH ....
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh... .
Amin..Ya Rabbal A'lamin.




Sunday, October 4, 2009

Kejadian seram di hospital di utara semenanjung

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU kerap mengalami
kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada
satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka
Perkara ini sangat membingungkan para doktor...

Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut... Apabila tiba hari
Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti
penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit
lelaki muda sedang tidur... Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai
persiapan menghalau makhluk halus.. Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am
sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba...... Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian
masuklah Makcik Bedah.... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya
bertugas setiap hari jumaat.. Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan
terus mencabut.... soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat
menghidupkan.. vacuum cleanernya...