Sunday, May 1, 2011

:: Cinta Seekor Cicak ::


Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan suatu tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku.

Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina.

Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal.

Pemuda itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!

Pemuda itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya.... AHHHH!

Pemuda itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.

Sungguh ini sebuah cinta...cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban.

Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.

Saya tersentuh ketika mendengar cerita ini. Lalu saya mulai berfikir tentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, kekasih, saudara lelaki, saudara perempuan..... Seiring dengan berkembangnya teknologi, akses kita untuk mendapatkan informasi berkembang sangat cepat. Tapi tak peduli sejauh apa jarak diantara kita, berusahalah semampumu untuk tetap dekat dengan orang-orang yang kita kasihi.


JANGAN PERNAH MENGABAIKAN ORANG
YANG ANDA KASIHI!!!


Thursday, April 28, 2011

buang tebiat !

awat serabut ngat xtau 2-3 ari ni..posting plak kena postpone ke bulan 6 ni,,adoila,,menganggur la aku sebulan kat umah.mulanya 9/5 dah stat, last2 postpone ke bulan 6,,dahla dah resign awal sbb nak bagi masa utk tgok tempat,medical checkup etc..huhu. rutin harian aku :
  • masak n blajar masak dgn tok
  • p bagi kambin makan tgahari n petang
  • kemas rumah
  • basuh baju
  • mop lantai
  • mesin rumput
  • lap tingkap
  • p lepak kedai samat gunting rambut
  • online
  • baca suratkabaq
  • tgok tv 24jam
  • men gem
  • hantaq anak sekolah
  • amek anak sekolah
  • p bendang
hoho,,byk g benda smpai xlarat nak list..gila ah camni..pndai ngat resign awai,so kena la tanggung,,camna la hat org yg menganggur lama2 noo,,aku yg baru 4-5 ari ni dah mengeluh,,abah plak suruh p mintak reja kat longwan pala batas,,kedai juai ken baju,,haha..dah list dah utk part time job:
  • jadi kerani PAS tikam batu
  • cikgu math kat SABK
  • longwan
  • tukang cuci kedai samat
  • tukang masak kat umah
  • caterer
  • pam minyak petronas
xtau la bulih ka dak,,esok2 nak point out balik hat mana bekenan..mujuq la time2 gini ada gak bola,,epl, uefa yg bleh layan..haha.ari2 penuh ng bola..

28/4/11: last paper bdk tu,,hoho,hope dia bleh buat la..she's make me crazy!! byk benda yg jadi serentak dgn idop..arap petanda yg baik ,insyaALLAH :) xtau kalau benda ni jodoh tp aku dah lalui benda ni n jd rasia tebesaq dlm idop..kdg2 btol ka benda ni? pecya dgn doa harian yg aku buat n ditunjukkan benda ni,,niat ja dalm hati, then akan jd..besarnya kebesaranNYA..

"Pelihari ALLAH, maka ALLAH akan peliharai kamu"
ni nasihat yg aku ingat smpai mati..sgt2 beguna..insyaALLAH,,teruk ka senang ka,,jagala hubgngan dgn DIA..byk mana masalah sekalipun, jg la hubgna dgn DIA,,insyaALLAH,,kalau benda yg jadi tp kita xmau benda tu, maka ada hikmahnya yg ALLAH nak tnjuk,,jgn menyesal dgn hidup n hargai masa yg ada skrg besama2 mak, ayah, kwn2 n sesama manusia..benda nak jadi skali ja,,xkan ada 2x,3x..

jom2 layan bola dulu,,real madrid v/s barcelona,, rasanya real akan layak ke final jumpa man u..my instinct..hehe..

sampai jumpa! assalam,,

Wednesday, March 16, 2011

::cintaku::

Ya ALLAH,,
Aku memohon petunjukMU dengan IlmuMU dan aku memohon ketentuan daripadaMU dengan kekuasaanMU
dan aku memohon dariMU akan limpah kurniaMU yang besar,
sesungguhnya ENGKAU maha berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa
dan ENGKAU maha mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui
dan ENGKAULAH segala yang mengetahui hal perkara ghaib

YA ALLAH
Seandainya ENGKAU mengetahui bahawasanya dia adalah terbaik untukku,
pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat,
maka takdirkalah dia bagiku dan permudahkanlah dan berkatilah bagiku padanya

YA ALLAH
Seandainya ENGKAU mengetahui ianya akan mendatangkan keburukan bagiku,
pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat,
maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam keadaan apa sekalipun, kemudian redhalah aku dengannya,,



AMIN,,

Tuesday, December 14, 2010

perompak yg tersalah rompak!

Ada dua orang perompak Bank terkenal dan selalu menjadi buruan polis.Kehidupan mereka amat sengsara 2-3 bulan ini kerana tiada duit untuk makan. Polis selalu memburu mereka.

Pada satu hari, mereka berniat merompak sebuah bank baru.Mereka sudah membayangkan betapa banyak wang disana, kerana selalu banyak pelanggan. Apabila malam, mereka menyelinap ke dalam bank itu dan hanya berpandukan lampu suluh untuk mengelakkan dikesan. Mereka menuju ke peti simpanan bank, ketika pintu dibuka, udara dingin keluar dari dalam bank. Mereka sangat bingung kerana ada begitu banyak peti besi kecil.

Peti pertama dibuka, isinya agar - agar!
Mereka tambah bingung lagi! kerana kebetulan belum makan, mereka habiskan agar - agar di dalam peti itu.

Peti kedua, isinya agar - agar lagi! Ya sudah, mereka makan lagi.

Peti ketiga, Isinya agar -agar lagi! kerana kesal,mereka buka semua petinya, isinya semua agar - agar! Kerana masih lapar, mereka makan saja semua! Setelah putus asa kerana tiada wang, mereka akhirnya pulang.




Bila pagi..................





Halaman depan suratkhabar, berita utama :

"BANK SPERMA DIROMPAK"
"PECAH MASUK BANK SPERMA"
"MISTERI KEHILANGAN SPERMA"

Tuesday, November 30, 2010

:: Mengenal lelaki dari hari kelahirannya ::

Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi ALLAH SWT berserta junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan keluarga bersama2 sahabat2 baginda

Org melayu ni byk petua sebenarnya,,hat kali ni pasal lelaki dan hari depa lahir@beqanak..tak tau la betoi ka dak,tapi boleh la tgok kot2 ada yg kena sipi2..jadikan apa yg kita tau arini sebagai panduan nak cri kebahgiaan,,INSYAALLAH,

Ahad
  • Baik budi dan pemurah, sudi memberi bila diminta oleh sanak saudara. Tidak ego dalam pergaulan, gemarkan kebersihan dan pandai berbicara, tetapi ada kecenderungan untuk bersikap memeritah kedua orang tuanya.

Isnin
  • Agak pendiam, tapi hatinya ikhlas. Cepat pemanas, suka kepada pekerjaan atau perjalanan kebenaran, tetapi apa yang dimilikinya tidak bertahan lama.

Selasa
  • Mungkin dibenci orang kerana buruk perbuatannya. Jika mempunyai kawan, hanyalah sebentar sahaja. Hatinya tidak tetap.

Rabu
  • Jika masa baik, dia boleh menjadi amat baik, begitu pula sebaliknya. Rezekinya tidak kurang. Agak pendiam tetapi apabila berbicara akan diketahul bahawa dia adalah seorang yang boleh mesra dengan orang lain.

Khamis
  • Sesiapa yang mengahwininya biasanya lebih dahulu mati. Ramai tidak selesa dan takut apabila dia berbicara, dia sering panas hati. Walaupun begitu, secara asasnya dia baik budi dan boleh dipujuk dengan rayuan yang halus.

Jumaat
  • Ramai yang suka padanya. Dia mudah memberi apa yang ada padanya apabila diminta. Mungkin dia mudah menjadi sengsara, tetapi dia mudah mencari pengetahuan dan kepandaian. Boleh rukun damai bersama orang lain.

Sabtu
  • Sering dibenci oleh orang lain kerana tidak senang bila bersamanya dan merasa takut. Walaupun begitu dia rajin bekerja, pandai mencari rezki, cepat pekerjaannya dan ringan tanganya.

,