Tuesday, November 30, 2010

:: Mengenal lelaki dari hari kelahirannya ::

Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi ALLAH SWT berserta junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan keluarga bersama2 sahabat2 baginda

Org melayu ni byk petua sebenarnya,,hat kali ni pasal lelaki dan hari depa lahir@beqanak..tak tau la betoi ka dak,tapi boleh la tgok kot2 ada yg kena sipi2..jadikan apa yg kita tau arini sebagai panduan nak cri kebahgiaan,,INSYAALLAH,

Ahad
  • Baik budi dan pemurah, sudi memberi bila diminta oleh sanak saudara. Tidak ego dalam pergaulan, gemarkan kebersihan dan pandai berbicara, tetapi ada kecenderungan untuk bersikap memeritah kedua orang tuanya.

Isnin
  • Agak pendiam, tapi hatinya ikhlas. Cepat pemanas, suka kepada pekerjaan atau perjalanan kebenaran, tetapi apa yang dimilikinya tidak bertahan lama.

Selasa
  • Mungkin dibenci orang kerana buruk perbuatannya. Jika mempunyai kawan, hanyalah sebentar sahaja. Hatinya tidak tetap.

Rabu
  • Jika masa baik, dia boleh menjadi amat baik, begitu pula sebaliknya. Rezekinya tidak kurang. Agak pendiam tetapi apabila berbicara akan diketahul bahawa dia adalah seorang yang boleh mesra dengan orang lain.

Khamis
  • Sesiapa yang mengahwininya biasanya lebih dahulu mati. Ramai tidak selesa dan takut apabila dia berbicara, dia sering panas hati. Walaupun begitu, secara asasnya dia baik budi dan boleh dipujuk dengan rayuan yang halus.

Jumaat
  • Ramai yang suka padanya. Dia mudah memberi apa yang ada padanya apabila diminta. Mungkin dia mudah menjadi sengsara, tetapi dia mudah mencari pengetahuan dan kepandaian. Boleh rukun damai bersama orang lain.

Sabtu
  • Sering dibenci oleh orang lain kerana tidak senang bila bersamanya dan merasa takut. Walaupun begitu dia rajin bekerja, pandai mencari rezki, cepat pekerjaannya dan ringan tanganya.

,



Monday, November 29, 2010

::Mengenal lelaki melalui 4 unsur Alam::


Bismillahhirahmanirrahim
Segala puji bagi ALLAH SWT ,tuhan pencipta alam bersama2 junjungan mulia Nabi Muhammad SAW serta keluarga baginda dan sahabat2 baginda

Ahli-ahli falsafah silam telah mengemukakan teori bahawa perangai manusia di pengaruhi oleh unsur-unsur kejadiannya. Dikatakan bahawa manusia dijadikan dari empat unsur alam iaitu tanah, air, api dan angin. Falsafah ini telah bermula sejak dari Galen dan ianya dipakai beribu-ribu tahun. Carl Jung, seorang ahli ilmu jiwa, telah mengaitkan empat unsur kejadian ini dengan perangai manusia, ianya adalah sebagaimana berikut:Tanah
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang yang menyedari keujudannya di sini dan kini menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING) Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

______________________________________________________________

Air
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH) Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

______________________________________________________________

Api
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS) Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

______________________________________________________________

Angin
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK) Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.



Penentuan Jenis Unsur Lelaki Berdasarkan Anak Keberapa:

Samada seseorang lelaki itu tergolong kepada jenis Tanah, Air, Api atau Angin boleh ditentukan menerusi anak keberapakah dia. Susunan unsur ialah:

(1) Tanah pertama kelima kesembilan
(2) Air kedua keenam kesepuluh
(3) Api ketiga ketujuh kesebelas
(4) Angin keempat kelapan keduabelas

Sebagai contoh, sekiranya seorang lelaki itu lahir sebagai anak pertama, dia adalah jenis Tanah.

Anda??

P/s:tak kisahla dlm kategori mana pun anda, yg penting pakat2 la muhasabah diri,,kalau rasa tak elok, pakat2 la pebetoikan diri,,kalau rasa dah ok, stabilkan keadaan yg ada..sesungguhnya ALLAH SWT takkan ubah nasib hambaNYA kalau diri sendiri tak mau berubah,,yakin,,usaha,doa,,tawakkal,,AMIN,,,

Saturday, November 27, 2010

syg,,smoga hubungn kita berkekalan :)

Pada satu hari, Hassan Jendul nak belikan hadiah untuk Kekasih barunya Mek Ayu... So si Hassan nie pun ajaklah adik perempuan sepupunya utk temankan dia shopping kat SOGO. Oleh kerana mereka baru 2 bulan berkawan, jadi si Hassan nie pun membuat keputusan utk membelikan Mek Ayu "topi kain hitam" fesyen baru supaya taklah nampak dia beria sangat. Adik sepupu Hassan pun membeli satu seluar dalam hitam berbunga sebab hari tu ader sale, masa membayar dengan tak sengaja, cashier dah tertukar kotak topi kain hitam dengan seluar dalam adik sepupu Hassan. Lepas bayar, Hassan terus pergi kaunter hadiah dan suruh diaorang bungkus tanpa check dulu. Kemudian Hassan balik rumah dan tulis surat utk Mek Ayu dan mengeposkan sekali hadiah yang tersilap tu. Surat yang ditulis berbunyi macam nie...
ISTIMEWA UNTUK KEKASIHKU MEK AYU...
SAN PILIH HADIAH NI KERANA AYU TAK PERNAH PAKAI BILA KITA KELUAR JALAN2 DAN SELALU MENGADU PANAS... KALAU BUKAN KERANA ADIK SEPUPU SAN, SAN DAH NAK BELI YANG LAGI JARANG SUPAYA KALAU BERPELUH TAK LEMBAP SANGAT... TAPI SAN TENGOK ADIK SEPUPU SAN PAKAI YANG BERBUNGA2 NAMPAK CANTIK PULAK... SAN PILIH WARNA HITAM NIE SEBAB TAK NAMPAK KOTOR... PROMOTER YANG JUAL TU TUNJUK DIA PUNYA... DAH SEMINGGU TAK BASUH TAPI NAMPAK ELOK JER... SAN SURUH DIA TRY AYU PUNYA SEBAB SAIZ DIA TU LEBIH KURANG DENGAN AYU... MEMANG CANTIK DAN MENARIK... HARAPNYA AYU SUKA SEBAB SAN RASA MEMANG SESUAI SANGAT DENGAN AYU... TAK SABAR RASANYA NAK TENGOK AYU PAKAI DEPAN SAN... SAN NAK AYU PAKAI UNTUK SAN HUJUNG MINGGU NIE...

SALAM SAYANG UNTUK KEKASIHKU... AYU...

P/S: KALAU AYU NAK PAKAI... SAN NAMPAK STAIL BARU... DENGAN MELIPAT BAHAGIAN DEPAN DAN MENAMPAKKAN SEDIKIT RAMBUT...


YANG MENYAYANGIMU,

HASSAN JENDUL...

Friday, November 19, 2010

Adab bila mau beri nasihat,,

Bismillahhirrahmanirrahim

Segala puji bagi ALLAH SWT tuhan pencipta alam berserta junjungan mulai Nabi Muhammad SAW bersama keluarga dan sahabat2 baginda,,

‎"Berikanlah nasihat kepada aku di kala aku sedang bersendirian dan
janganlah menasihati aku di kala aku di tengah kerumunan orang. Memberi
nasihat di tengah keramaian orang samalah dengan kehinaan dan aku tidak
sudi untuk mendengarnya. Apabila engkau tidak ber sependapat dengan aku
dan aku tidak mahu mematuhi nasihat kamu, maka j anganlah kamu marah."
Imam Syafie

Tuesday, November 16, 2010

genap 2 tahun tok Nab meninggal dunia :(

Bismillahhirrahmanirrahim
Segala puji bagi ALLAH SWT beserta junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan bersama2 keluarga dan sahabat baginda,,

Hari ni 16/11/2010 genap 2 tahun tok Nab meninggal dunia,,sat ja rasa,dok teringat lagi waktu2 arwah masih hidup,,arwahla tmpat dok luahkan perasaan,,,teringt lagi gulai ikan quan+timun, ikan masak minyak,,wat roti canai ataih tong milo ..masa tok meninggal, aku baru ja setat keja,aku bgitau dia dah dpt keja,,ms tu dia sakit tenat dah,,sakit tua,,dok petang tu,,tok tnya" tok teringin tgok ang kawen,,"dok tak dok dia tnya lagu ni,,rupanya dia mcm dah tau masa utk dia idup tak lama dah,,

smoga rohnya dicucuri Rahmat ALLAH SWT dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman

+

::Selamat menyambut Aidiladha pada seluruh umat Islam di mana jua anda berada::