Saturday, July 11, 2009

MSG=Ajinomoto??

Assalamualaikum WBT..

Pada 10 Januari 2001, umat islam di jakarta indonesia dikejutkan dengan berita mengenai penghasilan serbuk perisa ajinomoto daripada enzim berasakan sumber babi (patutla sedap!!) berita ini telah mencetuskan rusuhan dan membawqa kepada penutupan kilang ajinomoto dan penahanan 3 org eksekutifnya. bahan yang menjadi konroversi ialah penggunaan Bactosoytone, sejenis zat makanan bagi pembiakan bakteria untuk dijadikan ibu dalam proses penapaian. ianya terhasil pabila protein kacang soya dipecahkan dengan menggunakan enzim yang diekstrak dari pankreas babi. so, penggunaan Bactosoytone didalam penghasilan MSG adalah haram kerana ianya dihasilkan melalui sumber yang haram. dalam sepcuk surat bertarikh 21 mac 2001, Ajinomoto Malaysia menafikan yang ia menggunakan Bactosoytone tetapi sebaliknya menggunakan protein sayuran yang dihidrolis (pati sayuran) di dalam produk keluarannya.

Apakah MSG
adalah sebatian kristal berwarna putih yg secara tradisinya diperoleh daripada rumpai laut. berabad-abad lamanya suri rumah di jepun telah menggunakan dalam masakan mereka. MSG tidak menambahkan sebarang perisa kepada makanan tetapi ianya mengubah rasa makanan tersebut.

Bagaimana MSG dihasilkan
PAda hari ini, MSG yang dihasilkan untuk tujuan perdangan tidak lagi menggunakan rumpai laut. sebaliknya menggunakan kanji sebagai bahan asas melalui proses penapaian yang canggih.contohnya kanji ubi kayu.

Kesan-Kesan MSG terhadap kesihatan
Serbuk putih yang bernama MSG ini merupakan garam natrium bagi asid glutamik dan ia mengandungi asid L-Glutamik dan D-Glutamik. ia dihasilkan melalui proses penapaian yg menggunakan bahan kimia untuk membebaskan asid glutamik daripada protein.asid glutamik yang terdapat dalam tubuh manusia secara semulajadinya adalah untuk mengawal metabolisme badan.
MSG meninbulkan pelbagai gejala kesihatan seperti "Chinese Restaurant Syndrome" dimana mangsanya berasa kebas dan mengalami dengupan jantung yng sgt kencang.itulah sebabnya ianya tidak disarankan kepada kanak-kanak.pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) telah memberi amaran bahwa pengambilan MSG boleh merosakkan kesihatan otak bayi.

Tinjauan mengenai MSG..
Dipasaran malaysia ,terdapat beberapa jenama MSG:
-Ajinomoto
-Aji no takara
-Ve-sen
-Vedan

selain itu, terdapat MSG yg tidak dilabel dan dijual di pasar raya dengan harga yang lebih murah dan menurut penjual, MSG yg tidak dilabel adalah lebih laris dikalangan peniaga restoran dan penjaja. Kebanyakan MSG yang tiada label datangnya daripada Thailand.

Nama lain bagi MSG
-Protein dihidrolisis
-Sodium Caseinate atau calsium caseinate
-Pati Ragi
-Protein bertekstur
-Asid Glutamik.

P/s: Bolehkah kita memastikan Bactosoytone tidak digunakan dalam penghasilan MSG? untuk mengelakkan kekeliruan daripada termakan/terguna produk diatas, maka kita perlulah mengelak daripada membeli.perlu rujuk label/ramuan yang tercatat dibelakang produk sebelum beli.adalah lebih baik menggunakan perisa asli/perisa tempatan yang dilabel halal dan diyakini..dari asas makanan yang halal lah yang akan menterjemahkan hati/otak/minda yang sihat/suci/betenaga untuk kehidupan di dunia dan akhirat..amin..

Friday, July 10, 2009

KFC Cruelty V/S RFC islamic

Di sebalik kelazatan ayam KFC hingga menjilat jari, apakah yang sebenarnya berlaku? hakikatnya ianya begitu mengerikan dan sgt kejam!!..tahukah anda, ayam yang diternak oleh KFC dihentak, disepak dan dihumban ke lantai dan dingding??tidak cukup dengan itu, paruhnya dicabut dan kepalanya dipulas. air tembakau ditits ke dalam matadan mulut.muka dicat sementara tubuhnya ditekan dengan kuat sehingga keluar najis.itulah hasil siasatan di rumah sembelihan KFC di Moorefield, Virginia Barat, Amerika Syarikat yang dikeluarkan oleh People for the ethical TreantmentOf Animal( PETA), pertubuhan hak binatang yang terbesar di dunia pada 20 julai 2004. lokasi ini dipilih kerana ia adalah merupakan tapak penganugerahan "Supplier of the Year"KFC pada 1997. melalui rakaman video, PETA mendapati pekerja di rumah sembelihan yang dikendalikan oleh Pilgrim's Pride, iaitu syarikat ayam kedua terbessar di US selepas Tyson Foods, melakukan kekejaman tersebut.Pita berkenaan memaparkan adegan paling kejam yang sy pernah saksikan..." kata Dr Ian Duncan, Prof Ethologi Gunaan dan Pengerusi Universiti bagi kajian binatang, Universiti Guelph.[Sumber: Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)]

Fakta mengenai KFC

  • merupakan rangkaian makanan segera yang terbesar di dunia dengan pulangan di seluruh dunia sebanyak RM 28.6 Bilion pada 2002
  • Di malaysia, KFC adalah rangkain restoran perkhidmatan cepat yang utama dengan lebih 330 restoran dan lebih 50% daripada saham pasaran..
  • Ia merupakan sebuah syarikat awam yg tersenarai di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur dan telah menjadi 1 perintis dalam industri makanan segera di malaysia [Sumber: Laman Web KFC Holding (Malaysia) Bhd.]
P/s: masing-masing dikurniakan akal fikiran.dan besar panjang n dan bleh pikir mana yang betul mana yang salah n the point is" korang pk la sendiri"..ketepikan ego yng ada dan berani katakan ianya fakta yang betul.n da satu lagi produk francais yang semakin naik..Radix Fried Chicken(RFC) ..try la.Insyaallah dapat menggantikan dan sebagai alternatif peralihan dari KFC ke RFC..

PPSMI dimansuhkan mulai 2012

alhamdulillah...segala tentangan,pergolakan dalaman berkaitan masalah ini sudah ada jalan penyelesaianya. Terdapat pro dan kontranya jika kerajaan ingin meneruskan PPSMI ini seandainya segala aspek dititikberatkan. I mean, perlu melihat dari aspek kehidupan sosial masyarakat bandar dan luar bandar, tahap kebajikan yang ada, struktur ekonomi yang membezakan antara golongan majoriti dan minoriti serta byk lagi..dan yang paling nyata, PPSMI seperti sebuah dasar yang kelam kabut.(terlalu cepat dari segi pemahaman/persedian). Disini tiada kemenangan dan tiada kekalahan antara 2 pihak yang menyokong dan membangkang.yang paling penting, ini adalah untuk menjaga martabat anak bangsa kita seperti kata-kata Arwahyarham Tan Sri P Ramlee "takkan melayu hilang di dunia.." tepuk dada, tanyalah hati masing..amin.

Klik untuk keterangan lanjut

Bahtera Nabi Nuh As telah ditemui-SUBHANALLAH

Mungkin inilah yang dikatakan takdir ALLAh SWT..segala yang terbuku/tersurat dalam Al Quran telah diterjemahkan melalui penemuan Bahtera Nabi Nuh AS..melalui pemahaman sy, penemuan ini telah dirahsiakan daripada penegtahun masyarakat dunia.namun mulut yang ditutup tidak mampu menahan gelora hati untuk menceritakan apa yang terjadi..
Klik untuk maklumat lanjut

RM 1 billion import sayur?

kosmo arini (10/07/09.jumaat)

Negara ketika ini terpaksa membelanjakan sebanyak RM1 bilion pada setiap bulan untuk mengimport sayur-sayuran dari negara jiran ekoran kekurangan pengeluaran tempatan.Menteri Pertanian dan Industri Asas tani, Datuk Noh Omar berkata, keadaan itu menggambarkan betapa besarnya kebergantungan negara kepada hasil pertanian dari luar.“Keadaan ini hanya berubah sekiranya kerjasama yang dijalin dengan Felda dalam usaha transformasi pembangunan tanahnya sebagai Gedung Makanan Negara dapat dilaksanakan sepenuhnya,” katanya semasa merasmikan Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa malaysia (MIFB) 2009 di sini semalam.

p/s: marilah kita menanam sendiri sayur-sayuran..duit untuk beli sayur dapat djimatkan untuk keperluan yang lain. n tak semestinya mengharapkan FELDA semata-mata. kena begantung pada diri sendiri dulu.ok!